HARI 1 SINGAPURA – SHENZHEN – GUANGZHOU
(Jamuan dalam Penerbangan/Jamuan Tengahari Halal/Jamuan Malam Halal)
Berkumpul di Lapangan Terbang Changi Singapura untuk penerbangan anda ke Shenzhen, zon ekonomi khas dan salah satu bandar paling mewah di China. Setibanya di sana, mulakan percutian anda dengan menuju ke kota metropolitan ketiga terbesar di China, iaitu Guangzhou, yang juga dikenali sebagai Canton dan terletak di utara Delta Sungai Mutiara (Pearl River Delta). Selepas jamuan tengahari, kunjungi Masjid Xianxian, yang dibina semasa Dinasti Tang. Ia merupakan tanah perkuburan yang dibina khas untuk memperingati 40 mualim Islam berbangsa Arab, yang disemadikan di sana, termasuk makam Sa’d ibn Abi Waqqas, yang memperkenalkan Islam ke China. Semasa dalam perjalanan, anda juga berpeluang melihat tarikan terbaru Guangzhou, Menara Canton, yang terletak di selatan Delta Menara Mutiara. Dengan ketinggian 600 meter, ia merupakan menara kedua paling tinggi di dunia. Tamatkan hari anda dengan membeli belah sepanjang Beijing Road, yang cukup terkenal.
HARI 2 GUANGZHOU – PANYU
(Sarapan di Hotel / Jamuan Tengahari Halal/Jamuan Malam Halal)

Hari ini, kunjungi Xiguan, kawasan di Guangzhou yang ternama dengan senibina tradisional yang terpelihara. Rumah-rumah Xiguan ini dibina semasa Dinasti Qing oleh keluarga-keluarga ternama, para peniaga dan pegawai tinggi kerajaan. Anda boleh membeli belah sepanjang Shangxiajiu Pedestrian Street yang dipenuhi sekitar 300 kedai menjual pakaian dan makanan. Selepas jamuan tengahari, kunjungi Masjid Guangta atau dikenali sebagai Masjid Menara Api, antara masjid terbesar di selatan China. Kemudian, tuju ke Panyu dan lawati Taman Safari Chimelong, di mana anda boleh menyaksikan haiwan liar dari sebuah tram. Sebagai taman haiwan ekologi tertua di China, ia menggabungkan usaha pelestarian, kajian, pendidikan dan wisata flora dan fauna. Selepas jamuan malam, anda akan beristirahat di Hotel Panda Chimelong, yang bertemakan beruang panda.

HARI 3 PANYU – ZHUHAI
(Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari Halal/Jamuan Malam Halal)

Selepas sarapan, tuju ke Zhuhai, satu lagi zon ekonomi khas di tenggara China, berdekatan Macau dan Hong Kong. Ia mempunyai kawasan pantai terpanjang antara semua kota di Delta Sungai Mutiara. Kunjungi Istana Baru Yuanming, yang terdiri dari 18 tapak yang menggambarkan Istana Musim Panas di Beijing. Kemudian, bersasntai sepanjang Jalan Kekasih (Lovers’ Road) yang selari dengan pantai Zhuhai, sambil menikmati pemandangan indah kota tersebut. Anda juga berpeluang melihat arca Patung Fisher Girl, salah satu dari tarikan terkenal kota itu. Anda juga akan melihat Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, yang bakal dibina. Ia dijangka menjadi jambatan laut paling panjang dan, bila beroperasi, ia akan memendekkan perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai dari 4 jam kepada 1 jam. Selepas itu, kunjungi Masjid Zhuhai Xiangzhou sebelum menuju ke Pasar Bawah Tanah Gongbei, sebuak kompleks beli belah yang menggabungkan acara santai, hiburan dan makanan. Selepas jamuan malam, saksikan Sarkis Antarabangsa Zhuhai Chimelong sebelum menuju ke Hotel Sarkis Chimelong, hotel bertemakan sarkis terbesar di China.

HARI 4 ZHUHAI – SHENZHEN
(Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari Halal/Jamuan Malam Halal)

Hari ini luangkan masa anda di Taman Kehidupan Laut Chimelong, sebuah akuarium besar di mana anda boleh menyaksikan gelagat ikan jerung, ikan paus, beruang kutub dan lain-lain kehidupan lautan. Terokai pelbagai zon di taman ini, kunjungi pelbagai pameran haiwan eksotik dan saksikan persembahan teater. Selepas itu, tuju ke Shenzhen untuk beli belah di Dongmen Pedestrian Street, kawasan popular di tengah-tengah kota untuk beli belah dan mengalami keindahan Shenzhen.

HARI 5 SHENZHEN
(Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari Halal/Jamuan Malam Selamat Tinggal)

Pagi ini, kunjungi Taman Lianhuashan, terletak di cerun Gunung Lotus, di mana terdapat Patung Deng Xiaoping, pemimpin China yang amat dikagumi dari lewat tahun 1970an sehingga kematiannya pada 1997. Selepas jamuan tengahari, kunjungi Masjid Shangmeilin, satu-satunya masjid di Shenzhen, sebelum meneroka Perkampungan Asli China (Splendid China Folk Village), yang terdiri dari taman tema mini dan perkampungan asli yang digabungkan pada 2003. Dengan hampir 100 tarikan China yang dihasilkan semula dan 25 perkampungan etnik, pelajari tentang sejarah China sepanjang 5,000 tahun dan hargai keindahan pemandangan China dalam masa sehari.

HARI 6 SHENZHEN – SINGAPURA
(Sarapan di Hotel/Jamuan Tengahari Halal/Jamuan dalam Penerbangan)

Selepas sarapan, lawati Bandar Komersil Luohu, di mana anda akan dapati pelbagai barangan seperti pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak serta mainan, barangan elektronik dan lain-lain lagi. Pada petangnya, tuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Singapura.

Nota:

  • Jika tempat kunjungan ditutup kepada pelawat, ia akan digantikan dengan pilihan lain.
  • Sarapan di hotel tidak disahkan halal.
  • Jamuan makanan laut atau vegetarian akan disediakan jika tidak terdapat restoran halal.
  • Kunjungan masjid mungkin tidak sama dengan waktu solat.
  • Perhentian beli-belah semasa wisata termasuk bilik pameran mutiara, kraftangan tempatan dan kedai arang buluh.
  • Susunan aturcara tertakluk pada perubahan tanpa diberitahu.